Lee Jong-beom
Lee Jong-beom

Lee Jong-beom

JurulatihAntarabangsaLee Jong-beom (Korea: 이종범code: ko is deprecated , Hanja: 李鍾範; lahir 15 Ogos 1970) ialah bekas pemain besbol profesional Korea Selatan yang pernah beraksi untuk pasukan Kia Tigers (dahulunya Haitai Tigers) di Liga KBO dan pasukan Chunichi Dragons di Jepun. Beliau memulakan kariernya pada tahun 1993 sehinggalah persaraannya pada 2011. Lee dikenali sebagai "Anak Angin" (바람의 아들) atas faktor kepantasannya.[perlu rujukan] (Beliau juga digelar sebagai "Genius Besbol" dan "Ichiro Korea".)[perlu rujukan] Lee dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah besbol Korea dan dalam kalangan pemain terhebat KBO pada era 1990-an.[1]Lee telah meraih Anugerah Pemain Terbaik KBO, tersenarai dalam All-Star KBO sebanyak 13 kali serta pemenang enam kali Anugerah Sarung Tangan Emas KBO. Beliau juga pemegang rekod dalam satu musim bagi stolen base di KBO dan pernah merekodkan pukulan berkadar .393 bagi satu musim sekali gus menjadikan ia rekod kedua terbaik sepanjang zaman. Lee juga pemenang dua kali Anugerah Pemain Terbaik Siri Korea (beliau menjuarai Siri Korea empat kali bersama Tigers). Nombor jersi Lee iaitu 7 telah menjadi nombor persaraan oleh Kia Tigers pada 2012.Beliau memulakan kariernya sebagai pemain shortstop sehingga tahun 1997. Seterusnya, beliau lebih banyak beraksi sebagai outfielder pada tahun-tahun berikutnya.Lee mewakili pasukan besbol Korea dalam kejohanan World Baseball Classic 2006. Beliau telah telah memperoleh enam double dan membuat pukulan berkadar .400. Beliau juga disenaraikan ke dalam Pasukan Pilihan WBC sebagai outfielder bersama-sama dengan Ken Griffey Jr. dan Ichiro Suzuki.

Lee Jong-beom

Run batted in 99
Purata pukulan .261
Home run 27
RBI 730
Stolen base 53